kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

February 17, 2012

Ambillah sebanyak-banyaknya..

"Saya tak janjikan apa-apa, tapi selama mana awak berada di dalam, ambillah sebanyak-banyaknya,


Assalammualaiikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bayangkan, anda menjumpai sebuah rumah, di luar pintu sebelum anda masuk ke dalamnya terpapar:
"Saya tak janjikan apa-apa, tapi selama mana awak berada di dalam, ambillah sebanyak-banyaknya,"



Bagaikan terjumpa sebuah rumah yang menyimpan harta karun yang tidak dituntut. Seakan ada begitu banyak harta-harta yang bernilai sehingga boleh tawar kepada umum begitu sahaja. Lumrah manusia, bila ada jualan murah, pasti ditujuinya, kalau tak membeli pun, sekadar melihat apa yang ditawarkan.

Saya memilih untuk masuk ke rumah itu, rumah yang kecil tapi damai. Tatkala saya memasuki rumah yang kecil itu, saya melihat di dalamnya pelbagai perhiasan indah. Lain dari rupa rumah kecil jika dilihat dari luar. Sungguh mewah.

Mewah dengan kesederhanaan. ada di situ Ukhuwwah, rupa-rupanya ramai juga penduduk rumah ini, kami berbual bagaikan sudah lama berkenalan. senyuman mereka, kata-kata mereka dan sopan santun mereka. sungguh istimewa!! saya mengambil keputusan untuk ambil "ukhuwwah" ini. apabila saya mengambil ukhuwwah, saya dibekalkan sebuah beg pengembaraan oleh seseorang.

Saya berjalan di sekitar rumah, ada banyak bilik. Setiap bilik dilabel nama-nama yang berlainan. Ada bilik "Usrah", ada bilik "mukhayyam", ada bilik "daurah", ada bilik "Mabit", dan bermacam-macam lagi, semuanya tidak berkunci. Saya perasan ada sebuah bilik yang dikunci. Hati saya tidak sabar-sabar ingin memasuki kesemua bilik.


Saya memasuki bilik Usrah. Sungguh damai rasanya. banyak mutiara-mutiara yang bertaburan. kesemua saya kutip tanpa satu pun ditinggalkan. saya penuhi "beg pengembaraan" saya. saya pasti akan kembali lagi ke bilik ini untuk meninjau apakah ada lagi mutiara yang akan dihasilkan.

Saya menuju ke bilik mukhayyam. Terpegun jiwa saya!!! bukan mutiara, tapi intan permata pula bertaburan. setiap intan permata diletakkan dalam kotak-kotak khas yang menarik. saya bertambah rakus menyumbat kesemua intan permata ke dalam beg saya. saya berjanji juga untuk kembali ke bilik ini.
Kaki dihalakan ke bilik sebelah. Bilik Daurah. nama macam pelik, tapi setelah saya berjaya mengutip mutiara dan intan permata, saya bertambah yakin harta yang ada di bilik ini lebih bernilai.... Oh!! tepat sekali jangkaan saya!! berwarna-warni batu permata menghiasi setiap sudut ruang bilik itu. Saya menjadi rambang mata. Tidak pasti batu permata yang manakah lebih bernilai. kesemua saya kaut. merah, hijau, biru, kuning, hitam, ungu dan warna-warna yang tak dapat dikenal pasti. terlau banyak!!! oh.... bahagianya. beg pengembaraan saya hampir penuh, tapi bila saya berpindah ke satu-satu bilik, saiz beg membesar.. huhu, banyak betul perkara ajaib berlaku.

langkah dihayun senang hati ke bilik seterusnya. di dalam hati, terasa bagaikan sudah menjadi orang kaya instant. senyuman dilebar-lebarkan. Pintu bilik Mabit dibuka pula. di dalamnya ramai orang. ada yang sudah ditemui tadi, ada yang belum sempat dikenali. tiada intan permata, mutiara atau batu permata berwarna-warni. kelihatan manusia di situ sedang melakukan satu aktiviti. mereka sedang bertukar-tukar batu permata, ada yang menghulurkan mutiara dan dipulangkan intan dan zamrud. ada yang tidak memberi apa-apa tapi dihulurkan sesuatu.

Saya menjadi pelik. saya bertanya kepada seorang penghuni bilik itu. apa yang sedang mereka buat? dia menjawab dengan tenang. "Di dalam bilik ini, kita saling membahagikan harta kita sesama manusia yang kita jumpai, tanpa rasa kedekut atau cemburu. cuma perlu rasa tamak."

Lagilah saya bertambah pelik. kenapa kena tamak? kalau tak kedekut, bermakna, walau tinggi mana nilai harta yang kita ada, kita harus beri kepada orang dan tak boleh cemburu dia mempunyai harta kita yang bernilai tu. kalau kena tamak, bermakna kita kena dapatkan sebanyak mana dari orang lain, harta-harta mereka. saya pun mula membuka beg saya dan mula membahagikan harta-harta saya. tidak kira mutiara, intan atau batu permata berwarna-warni, semua saya edarkan. kalau ada yang menghulur, saya cepat-cepat ambil bagaikan seorang yang sangat tamak...

setelah beberapa ketika, saya menuju ke bilik seterusnya. Bilik yang berkunci. di luarnya terpapar " siapa yang ikhlas saja boleh masuk." saya menggaru-garu kepala, teringat kembali apa itu ikhlas yang saya pelajari di sekolah rendah dulu...

"Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi."

saya pun memperbaharui niat saya lagi. celik saja mata, ada sebuah kunci di tapak tangan saya. ajaib sungguh dunia ini!! dengan kunci itu, saya pun membuka pintu yang berkunci tadi...

Alangkah terkejutnya saya!! bilik ini lebih indah dari bilik-bilik yang saya masuki dari tadi. sejak itu, saya tahu, keputusan saya untuk memasuki rumah ini tidak pernah salah..

saya teringat ayat yang terpampang di pintu hadapan rumah ini tadi.

"Saya tak janjikan apa-apa, tapi selama mana awak berada di dalam, ambillah sebanyak-banyaknya,"

benar! rumah ini tidak menjanjikan pangkat, kemasyhuran, kekayaan dan nikmat-nikmat yang sementara, akan tetapi, perhiasan-perhiasan berupa ilmu, qudwah, persaudaraan dan pelbagai perhiasan yang belum saya temui.

dan sejak itu, saya tahu keputusan saya untuk memasuki rumah kecil ini tidak pernah salah. Alhamdulillah, ini sudah menjadi kecukupan buat saya.

Itulah rumah "Dakwah dan Tarbiah"..
Alhamdulillah... teman2 jom ikut saya, saya nak tunjukkan rumah tu kat teman2...


-PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT-

No comments:

Post a Comment