kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

December 5, 2011

Wahai dirimu : Izinkan Aku Membimbingmu

Assalamualaikum wbt..

Bismillah...Alhamdulillah, seinfinity kesyukuran dan rasa penghargaan ditujukan khas kepada Allah swt atas segala nikmat dan kurniaannya yang tidak terhitung..

buat mereka yang pernah menjadi mutarobbiyah ku..terimalah! buat kalian yg sentiasa dalam ingatan..








Halaqah pada malam itu di mulai dengan tilawah dan tadabbur surah Al-Haqqah. 

"Alhamdulillah..moga dengan tadabbur tadi, membuatkan hati-hati kita yang tadinya kering menjadi basah semula dek lebatnya hujan peringatan daripada Allah kepada kita ",  kata pengerusi majlis membuka bicara.

Kelihatan masing-masing dengan sedu-sedan tersendiri. Bukti keinsafan yang mengalir dalam diri. Subhanallah fenomena apakah ini? Inilah sifat-sifat  orang beriman..

"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada mereka bertawakal,..." (8:2)





"Alhamdulillah bila dihitung-hitung, usroh kita ni sudah menjangkau 6 bulan ye umurnya..subhanallah banyak yang telah kita lalui dan pelajari dalam usroh ni..baiklah, ana nak tanye, apa tujuan antuna datang ke usroh? ujar Sufiah si Murobiyah memulakan sesi taujihatnya.

" Kalau ana, sebab nak tambah ilmu agama buat pedoman hidup," jawab Iman.

" Em ana pulak, selain nak tambah ilmu ana nak berukhwah dan bersilaturrahim dengan kawan-kawan yang lain," sambung Isma.

" Oh kalau ana, ana datang usroh sebabnya sama ngan yang Iman cakap, nak tambah ilmu agama.. kan dalah usroh kita selalu kongsi pasal agama..hehe " sampuk Tina.

"Alhamdulillah..jadi kebanyakan antuna kata datang usroh sebab nak tuntut ilmu. Bagus, jadi antuna rasa antuna dapat tak apa yang antuna harapkan?" tanya Sufiah. 

"Dapat!" jawab mereka serentak.

"Alhamdulillah..betullah tu ape yg antuna cakap. Namun kita kena ingat, ape2 saja yang kita lakukan, kita hendaklah letakkan matlamat redha Allah sebagai matlamat yang utama, sama juga dalam usroh ni, tujuan kita berusroh ni semata2 nak gapai redho Allah. Dan antuna juga kena faham usroh ni bukan sekadar majlis ilmu, atau tempat untuk kita bincang hal ehwal agama sahaja, bahkan lebih dari tu..disinilah kita membina iman kita, ukhwah antara kita, disipilin diri kita, ketaatan dan juga tanggungjawab dalam melaksanakan amanah..

"Baik, sape boleh bagitau ana, bagaimana iman kita dibina dalam usroh?" 

"Ana nak jawab..hehe. Em ana rasa bilamana kita tilawah dan tadabbur ayat Alquran akan membangkitkan iman kita kerana kita diperingatkan tentang azab, kematian, syurga dan sebagainya.." jawab Asrar yang membisu sejak permulaan usroh.

"Bagus. Ok macam mana pula dengan disipilin diri kita?" Soal Sufiah, merancakkan lagi suasana pada malam itu.

"Bagi ana, usroh mengajar kita untuk lebih berdisiplin dari segi masa kita..kerana orang yang beriman tu sangat prihatin akan urusan dan masanya..Jadi bilamana kita sudah setuju untuk memulakan usroh pada sekian waktu, kita akan cuba untuk sampai tepat pada waktu..em betul tak pandangan ana, ke salah..hehe tapi ana selalu lewat juga, maaf ye kawan2 semua," Ujar Tina memberi pandangan, dengan telatahnya yang ceria itu.

"Wah hebat ye antuna semua, ana tak perlu ulas lagi dah. baik bagaimana pula dengan tanggungjawab? Ade sape2 nak bagi ulasan?" 

"Ana nak..ana rasa usroh ni sangat mengajar kita erti tanggungjawab, yang pertamanya tentulah tanggungjawab pada Allah kerana kita seringkali diperingatkan untuk melakukan ketaatan pada Allah dan menjauhi larangannya..ana sangat terkesan dengan mutabaah amal yang kita muhasabah setiap minggu, banyak membantu dalam meningkatkan hubungan dengan Allah..selain itu kita juga diminta untuk membentangkan task. Nah, itu pun merupakan tanggungjawab juga, bilamana kita melakukan persediaan sebaik mungkin untuk membentang pada rakan agar semua dapat kefahaman..ok itu je bagi ana," jawab Isma.

"Baiklah..alhamdulillah betullah apa yang antuna perkatakan. Antuna memang sangat bijak..Inilah hakikat usroh yang kita lalui selama ini, ianya merangkumi seluruh sisi kehidupan kita yang akan merubah kita daripada ZERO kepada HERO, daripada biasa kepada luar biasa..kalau antuna rasa usroh ini sekadar utk mendapat ilmu agama sahaja, antuna bole pergi ke mana-mana majlis ilmu kerana antuna akan mendapati banyak ilmu yang akan diperoleh....


Tapi yang perlu kita faham, usroh ini adalah medan untuk kita meningkatkan kualiti diri kita, iman kita, dan sebagainya..Insyaallah inilah usaha kita yang x seberapa ni dalam menjamin kita untuk istiqamah dalam ketaatan kepada Allah. Apelah sangat usaha kita ni  nak dibanding dengan apa yang rasul dan para nabi telah korbankan, para sahabat telah lakukan utk menyampaikan kita pada nikmat yang kita kecapi sekarang iaitu nikmat IMAN dan ISLAM,"  terang Sufiah dengan panjang lebar.

"Ok, setakat ni semua jelas, semua faham tentang apa yang ana sampaikan?" 

"Faham, Insyaallah." Jawab mereka serentak.

"Baiklah kalau macam tu ana serahkan semula majlis pada pengerusi" Ujar Sufia sambil memandang ke arah Iman yang berada di sebelahnya.

"Jadi kita akhiri halaqoh kita malam  ini dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr," kata pengerusi majlis,  mengakhiri sesi usroh malam itu.


Setelah bersalam-salaman, mereka lalu beransur pulang. Tiba-tiba salah seorang anak halaqoh Sufiah mendekatinya.

" Ukhti, ana ada sesuatu nak bincang sikit lah. Boleh ana jumpa anti sekejap? Pinta Iman.

Sufiah mula berkira-kira dalam hatinya. Hasratnya ingin terus pulang ke rumah untuk menyiapkan assignment yang perlu di hantar pada esok hari. Namun perkiraannya terhenti bilamana teringatkan sebuah ungkapan oleh Fathi Yakan dalam bukunya : Al-Isti'ab - Meningkatkan Kapasitas Rekrutmen Dakwah. 
" Dalam membimbing manusia kepada kebenaran, kesabaran yang tinggi diperlukan. Kerana masyarakat memiliki ragam yang pelbagai. Ada yang menganggap tiada yang lebih penting daripada kepentingan peribadinya. Orang seperti ini terkadang tidak akan berpuas hati sehingga menemui si Da'i untuk menceritakan masalahnya, tanpa memperdulikan masa dan kondisi si Da'i. Mungkin dia akan menemui tatkala kita sedang makan, ataupun ketika kita sedang tidur untuk beristirehat. Semua ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk tetap terus membimbingnya dengan baik.

Kerana seorang Da'i yang sebenar adalah Da'i yang hidup untuk orang lain dan bukan untuk dirinya sendiri, berusaha untuk membahagiakan orang lain meskipun harus mengorbankan kebahagiaan peribadi. Semua itu dilakukan dengan sebuah keyakinan bahawa apa yang dilakukannya akan membuahkan keimanan di hati mad'unya, dan yakin bahawa apa yang diusahakannya akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT pada hari hisab. "
Apalah sangat assingment aku tu nak di banding dengan membimbing Iman. Insyaallah Allah pasti akan membantu dan memudahkan (47:7).


Em baiklah. Jom kita bincang kat bilik anti. Lalu mereka pun beriringan menuju ke bilik Iman . Setelah sampai, Iman mempelawa Sufiah untuk duduk di atas kerusi di ruang tamu rumahnya. Iman memulakan ceritanya.


"Sebenarnya ukhti, ana rasa ana x mampu nak terus komit dengan usroh ni. Ana sangat sibuk sekarang..baru-baru ni ana di lantik menjadi setiausaha sebuah persatuan dan ajk persatuan yang lain..ana juga di minta untuk jadi naqibah usroh kat kolej..kadang-kadang sampai takde masa untuk diri sendiri..banyak sangat benda yang ana perlu komit, ana takut ana x mampu ukhti, dalam masa yang sama x nak mengecewakan anti dan sahabat-sahabat yang lain."

"Ukhti, kalau dah  namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab yang diletakkan atas bahu kita sebagai seorang mahasiswa."

"Betul..sebab tu ana rasa ana tak mampu untuk terus ikut usroh ngan anti."

"Namun ukhti, kita perlu ingat sesibuk apapun kita, kita sentiasa punya 24 jam sehari untuk dihabiskan. Namun yang berbezanya adalah bagaimana cara ianya dihabiskan. Kita adalah orang islam, orang beriman, kita pasti punya cara untuk menggunakan masa kita dengan baik. Jangan pernah kita biarkan masa-masa kita dihabiskan dengan perkara yang tak membawa maslahat(kebaikan) pada diri kita, lebih-lebih lagi pada IMAN kita. Cuba anti tanya pada diri anti adakah dengan penglibatan anti dalam semua aktiviti tu membuatkan hati anti lebih tenang, membawa maslahat yang besar pada anti."

"Tapi bukankah bilamana kita diberi tanggungjawab, kita harus melaksanakannya dengan amanah. Sebenarnya bukan ana yang nak, tapi mereka yang memilih ana."

"Ukhti, the choice is yours. Pilihan sentiasa ada untuk kita..kita harus memilih yang terbaik untuk kita..masa semakin menghakis umur kita saban hari..jadi kita harus memilih the best untuk diri kita bukan saja kat dunia bahkan akhirat yang utamanya..kita perlu meletakkan priority dalam hidup kita.. "

"Priority..maksud anti macam mana tu?"

"Mengapa orang masih boleh makan walau sesibuk apapun dirinya? Kerana dia merasakan makan itu prioriti dan meninggalkannya suatu masalah."

"Mengapa jika tiba-tiba seseorang sakit perut, dia pasti akan cari tempat tersorok untuk menyelesaikan hajatnya? Mengapa tidak beri alasan sibuk dan tiada masa lalu buang sahaja di mana-mana? Kerana malu dan maruah diri menjadi prioriti hidupnya."

"Begitu juga jika kita menjadikan Dakwah dan Tarbiyah sebagai prioriti dalam hidup kita. Hendak atau tidak, kita tetap akan melapangkan masa. Jika kita mahu, semuanya boleh berlaku. Namun jika memang tidak mahu, tiada siapapun yang boleh membantu."

"Kesibukan sudah pasti bukan alasan. Ia hanya perkataan busuk yang digunakan oleh mereka yang kontot akal fikirannya untuk melarikan diri daripada dakwah dan tarbiyah. "

"Ukhti, Allah dah beri kita peluang untuk merubah diri kita. Allah kumpulkan kita bersama teman-teman yang solehah untuk mengingatkan kita bilamana kita lupa, Allah sentiasa berkehendakkan kebaikan untuk kita..lalu bagaimana kita sebagai hamba bersikap terhadap apa yang Allah kurniakan pada kita? Apakah kita mahu menjadi hambanya yang tidak bersyukur?"

"Ukhti, tarbiyah itu bukan segala-galanya, namun tanpa tarbiyah itu segala-galanya sia-sia ukhti"

................................................................................................

Kelihatan Air jernih mengalir dari mata Iman...akhirnya Iman mula berbicara..

"Subhanallah ukhti, maafkan ana. Ana sepertinya lupa akan segala kebaikan yang Allah bagi pada ana..ana nak terus bersama kalian, ana perlukan bimbingan dari anti, ana takut ana tak kuat menghadapi kesibukan dunia ini....jazakillah ukhti atas pencerahan.."


Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar..Sufiah memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Robbul Izzati atas semuanya..

P/s - buat mutorobbiyahku....izinkan aku membimbingmu, aku tidak mengharapkan imbalan dari mu, melainkan dari Allah semata..(Hud : 29). Tulus mencintaimu kerana Allah.



















1 comment: