kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

December 5, 2011

Wahai dirimu : Izinkan Aku Membimbingmu

Assalamualaikum wbt..

Bismillah...Alhamdulillah, seinfinity kesyukuran dan rasa penghargaan ditujukan khas kepada Allah swt atas segala nikmat dan kurniaannya yang tidak terhitung..

buat mereka yang pernah menjadi mutarobbiyah ku..terimalah! buat kalian yg sentiasa dalam ingatan..








Halaqah pada malam itu di mulai dengan tilawah dan tadabbur surah Al-Haqqah. 

"Alhamdulillah..moga dengan tadabbur tadi, membuatkan hati-hati kita yang tadinya kering menjadi basah semula dek lebatnya hujan peringatan daripada Allah kepada kita ",  kata pengerusi majlis membuka bicara.

Kelihatan masing-masing dengan sedu-sedan tersendiri. Bukti keinsafan yang mengalir dalam diri. Subhanallah fenomena apakah ini? Inilah sifat-sifat  orang beriman..

"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada mereka bertawakal,..." (8:2)


July 6, 2011

Tak biasa menjadi biasa..

Assalamualaikum..wbt
Salam penuh cinta buat sahabat yang ana kasih sekalian..kaifa hal?

Em agak-agaknya ape maksud tersirat disebalik tajuk post ana kali ini ye? Maaf jika gaya bahasa atau penulisan ana membuatkan kalian keliru atau x faham kerana ana memang kurang dalam bab penulisan ni. Kali ni ana ingin kongsikan fenomena yang mungkin terjadi dalam kalangan kita (tidak kiralah dirumah atau dimana2) namun kurang penegasan mahupun peringatan untuk merubah keadaan. Agak-agaknya ape ye..

Sahabat yang ana kasih sekalian,

Teringat pula kata2 seorang doktor di fasa awal pentarbiyahan ana dulu, katanya dgn penuh semangat "kita ni kena ubah diri kita menjadi seorang yang luar biasa, dari zero to hero, dari kurang baik kepada baik, dari baik kepada lebih baik lagi..jika kita sebelumnya seorang yang suka melengahkan solat, maka hari ini kita harus merubah diri kita menjadi orang yang paling awal solat, alert dgn waktu solat..dan seterusnya...". Masyaallah menangis diri ini mengenangkan kejahiliyahan dahulu..begitu membekas sekali..subhanallah..

Ye..SOLAT. ayuh kita perhatikan dan muhasabah sebentar seperti apakah solat kita pada hari ini..ye benar sekali mungkin bagi kita yang telah dilanggar tarbiyah ini, tidak lagi teruji dengan meninggalkan solat dengan sengaja. Namun lupakah kita pada musuh kita yang nyata yakni syaitan yang sentiasa mencari ruang-ruang untuk menyesatkan manusia..apatah lagi yang sudah ditarbiyah, pangkat syaitan yang datang menggoda juga semakin meningkat bukan?  Adakalnya kita jua turut terjerumus dalam tipu daya syaitan apabila dengan sengaja atau tidak sengaja melengah-lengahkan solat fardhu..sedarkah kita? mungkin sedar tapi menganggapnya perkara biasa..AWAS bahaya tu..

July 4, 2011

Sekilas Isra' Mikraj..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah wa syukurillah..
Setinggi-tinggi pujian buat Allah, Rabb yg tidak pernah tidur, tidak pernah leka mengurusi hamba-hambaNya..yg sentiasa menitipkan kasih sayangnya di setiap saat bagi hamba yg menyedarinya..yg sentiasa melimpahkan rahmat dan kasihnya meski Dia sering didurhakai, meski Dia sering dilupai..hanya kerana Dia begitu mencintai dan merindui hamba-hambanya yang beriman..Alhamdulillah atas nikmat ini wahai cinta agung..

Firman-Nya : Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan Hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjidil Haram kemasjid yang amat jauh (Baitul Muqaddis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” – (Surah Al-Israq : Ayat 1). 

Sekilas mengenai Isra' mikraj. Isra' mikraj merupakan hadiah bagi mereka yang benar-benar yakin akan kekuasaan Allah..juga sebagai ujian pengukuhan iman buat membuktikan siapakah yang  benar imannya kepada Allah jua Rasulullah..peristiwa perjalanan kekasih Allah yang yang jika ditafsirkan dengan logik akal manusia akan membuatkan diri rebah tersungkur lantaran mengagumi kehebatan pemilik kerajaan, Allah azza wajalla. Di kesempatan ini ana ingin mengajak sahabat semua merenungi kehebatan Allah yang terbukti melalui hadiah yang diberikan kepada kekasih agungNya yakni Muhammad.


Sahabat yg ana kasih sekalian,

Hebat kan Allah..
Cuba kita bayangkan perjalanan dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis yang mengambil masa sebulan perjalanan  hari biasa (jika salah betulkan), namun hanya memakan masa 1 malam sahaja ketika peristiwa isra' mikraj..subhanallah satu keajaiban yang nyata..dan seperti kita sedia maklum pada malam peristiwa itu rasulullah dibawa menaiki kenderaan atau makhluk yang bernama 'buraq"..ayuh kita kaji kehebatan 'buraq' ini. Bagaimana dia bisa hebat? jawapannya kerana pemiliknya hebat dan pemilik kepada pemiliknya sudah tentu lebih hebat!

June 21, 2011

kerna ukhwah itu...Part I

Perjalanan ukhwah bersulam cinta di bumi bertuah itu kembali menggamit memori suka dan duka berukhwah bersama mereka..aku terkesima, tanpa sedar air mataku menitis bagai mengerti bicara jiwa yg mengharap hadirnya detik dan waktu yang indah itu..

Halaqah cinta pada petang itu berakhir tepat jam 5.00 petang..alhamdulillah banyak input yg menggetar jiwa bisa di simpan kemas dalam memori otak kecil ini, yg tidak pernah berhenti melakukan kerjanya dengan izin Sang Pencipta..jiwa terasa tenang, bahagia,..indah bermakna..

''muslihah, macam mane tadi anti faham ke ape yg kakak tu sampaikan? Sufi memulakan bicara sambil melangkah beriringan bersama muslihah menuju ke kolej kediaman.

''alhamdulillah..setakat ni ana rasa ana faham kot ape yg kakak tu sampaikan..cuma nak praktikkan tu perlu mujahadah sedikit..hehe''

''best kan..satu hari nanti ana berharap sangat ana dapat jadi seperti mereka..mengajak orang pada kebaikan. tapi tu la buat masa ni ana rasa x mampu lagi'' riak wajah penuh pengharapan itu tidak dapat disembunyikan lagi dari muslihah.

"xpe kita buat la pelahan-lahan yang mane mampu..perubahan tu kan berperingkat. Insyaallah kita pasti boleh jadi seperti mereka." pujuk Muslihah buat menenangkan hati sahabatnya itu.

''Ukhti, tengok couple tu xde perasaan malu langsung, berpimpin tangan di khalayak ramai sedangkan minggu ni baru saja kempen boikot couple dilancarkan. Ish tak makan saman sugguh diorang ni ye. ha ukhti, ilmu dah ade ape lagi praktikkan la, peluang baik buat baik ni..hehe pi la tegur."ujar sufi dalam nada gurauannya.

sunyi sepi..tiada jawapan..

''sufi, ana pergi dulu ye ana lupa ada hal urgent, ana kena cepat ni. ok asslamualaikum..'' 

Dalam kebingungan itu,tiada kata bersambut..hanya mata mampu melirik menghantar pemergian tiba-tiba sahabatnya itu.. hati kecil  pun bicara sendirinya..perlahan..waalaikumsalam ukhti..

Malam itu, Sufi tidak dapat melelapkan matanya. Peristiwa petang tadi benar-benar mengganggu emosi wanitanya..Ya Allah, mungkinkah aku telah menyakiti hati sahabatku dengan kata2 ku. Andai benar Ya Allah..amunilah aku. sugguh aku tidak sengaja, tiada sekelumit niat pun untuk aku menyakiti hati dia..niatku hanya untuk bercanda..

nantikan sambungannya..


 



February 18, 2011

hari ini..

Bismillah...alhamdulillah wa syukurillah..
setinggi tinggi pujian dirafa'kan kpd kekasih agung, Allah swt di atas keizinanNya utk aku melalui hari2 yg penuh barakah di atas muka bumi ini..selaut rahmat dan kasihNya yg ku harapkan agar hari2 yg mendatang membuatkan diri ini lebih kuat, sabar dan tabah menempuh ujian kehidupan..
sedikit perkongsian buat sahabat sekalian...
hari ini aku bertemankan seorang akhwat bersama-sama meredah hujan demi meyempurnakan misi agung kami iaitu 'dakwah ilallah' di medan tercinta PROTON. Pada awalnya kami sudah pun menjangkakan hujan akan turun, namun diteruskan juga perjalanan kerana memikirkan masa yg semakin mencemburui memandangkan janji di buat adalah pd jam 5.30ptg..tiba sahaja di Taman Bernam, alhamdulillah hujan rahmat semakin rancak membasahi kami lalu kami pun ambil la keputusan berhenti berteduh di bilik kuliah taman bernam. mujurlah kami tidak terlalu basah..sekali lg kami diuji bilamana ana tertinggal pendrive yg didalmnya terdapat bahan pengisian ta'lim..ape nak buat terpaksalah balik semula ke BT utk ambil pendrive..dua kali kerja jadinya..mujurlah baru sampai kt Taman bernam, if x, jd ta'lim spontan la jawabnya. tapi bg ana itu bukan satu masalah cuma xbest la sbab bhn yg disediakan ada video sekali..huhu..alhamdulillah dgn izin Allah kami sampai tepat pada jam 5.45ptg..terlewat 15 minit dr yg di rancang,,ta'lim berjalan seperti yg dirancang alhamdulillah diserikan olh wajah2 yg begitu mendambakan cintaNya..minggu ni dgn izinNya bertambah seorg ahli yg mnjadikan semuanya 5org. fasa awal ta'lim ni ana lebih fokus kpd taqarrub ilallah..
sebelah malamnya pulak...ana berpeluang utk join rapat umum PRU.em best juga,..pengalamn pertama setelah 3 sem berada di UPSI ni..sblum ni org ajak xpernah nak ikut coz ada hal yg lbih aula, jd kbetulan mlm ni berpeluang apa slahnya..kawan ajak teman lepas selesai dscusion..em menarik juga rupanya..terfikir jua mungkinkah diri bisa seperti mereka??

wallahua'lam..sekian dulu tika ini..





February 14, 2011

percubaan pertama...

Bismillah...alhamdulillah wa syukurillah..
Dengan izin Allah akhirnya tergerak jua jari jemari ini menari2 di atas keybod kesayangan, menulis sepatah dua kata sebagai pemula.. alhamdulillah hari ini aku bersama2 dua org akhwat dizinkan allah utk ber'joging'..wah rupanya joging ni sesuatu yg menyeronokkan, cuma aku sering beralasan bila diajak utk berjoging..bukanlah aku tidak tahu manfaat dan kelebihannya, tapi aku ada satu penyakit yg sgt kronik..sgt bahaya..xsepatutnya penyakit ini menempelkan diri pada jasad seseorg yg bergelar akhwat,...huh nak tau penyakit ape??..."MALAS".em tu la penyakit aku..dan aku memang terkenal as akhwat yg malas berjoging..ish3..macam mane nak capai muwasofat tarbiyah if nak joging pun malas..tp xpe ana sedang bergerak ke arah perubahan, jd mana2 akhwat yg nak berjoging jagn lupa ajak ana ye..huhuhu..
pagi tadi kami berjoging di sekitar kolej sahaja start jam 7.15 hinggalah 8.30..pengakhiran joging kami adalah di padang kuo..ape  yang menarik yg nak dikongsikan adlah kultum yg disampaikan oleh seorg akhwat ni..
menurutnya..sebgai seorg insan yg ditarbiyah, kita harus berusaha utk mncapai muwasofat tarbiyah. antaranya adalah qowiyyul jism..atau kata lainnya 'sihat tubuh badan'. bila direnungkan kembali kenapa imam Hasan Albanna menggariskan muwasofat ini dlm diari hidup seorg muslim yg perlu dicapai? teringat pula satu kisah ketika prgram di matrik. seorg akhwat yg baru sahaja pulih dari excident ketika pulang dari urusan dakwah..pesannya, ukhti, kita ni sbg seorg daie kene jaga diri kita baik2 kerana kita adalah aset dkwah. diri kita sgt berharga kerana masyarakat memerlukan dakwah kita. jika kita tidak menjaga diri kita, ia hanya akan membantutkan urusan dakwah kita. untuk berdakwah, kita memelukan energy, kekuatan yg lebih..tamat disitu. meskipun pesanan yg diberi hanyalah sedikit cuma, namun ia sgt bererti buat ana..ye kita harus menjaga diri kita..dan ana juga sdg bertatih2 mencari rentak utk lebih menjaga kesihatan terutamanya dr aspek pemakanan..jadi akwhatfillah yg ana kasih sekalian, bantulah ana ye..

selepas balik dr joging sempat kami singgah di sebuah gerai buat membeli sarapan..sambil2 makan pun kami sempat berkongsi pendapat bgaimana meningkatkan diri demi kebaikan ummah. ni la yg best bila duduk bersama org beriman, setiap waktunya diisi dgn tazkirah, peringatan utk mmbangkitkn kesedaran..satu benda yg dpt ana simpulkan, bila mana kita mencintai sesuatu, kita akan meletakkan ia diatas. maka apa shja yg kita lakukan pasti dikaitkan dgn kecintaan kita.,.

saat ini ana sdg bersantai2 di rumah seorg akhwat utk mghimpun mood buat assgment..alhamdulillah banyak yg dapat dipelajari dari mabit dan joging..wallhua'lam..

sekian dulu tika ini..xtau lg bila nk update..mencari masa yg sesuai amat payah..namun bukan mustahil. jumpa lagi dlm entri yg seterusnya..InsyaAllah..