kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

February 26, 2012

PEMBINA oh PEMBINA

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji-pujian buat Robb yang maha agung atas segala nikmat dan kurniaanNYA..tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kehendaknya..subhanallah walhamdulillah allahuakbar..

Alhamdulillah wa biiznillah..masih lagi dizinkan Allah untuk meneruskan pengajian di UPSI..sem ni adalah sem yang mendebarkan, entah kenapa begitulah yang dirasakan di saat kaki mahu melangkah kembali ke medan tercinta ini..hmm mungkinkah ada sesuatu yang menanti, yang mungkin amat menguji iman dihati? Wallahua'lam allah maha tahu yang terbaik buat hambanya..jika Allah mahu menguji, sama ada kita siap atau pun tidak, kita pasti di uji mengikut kadar kemampuan kita.. 

Baiklah bukan itu yang inginku utarakan disini..ianya adalah mengenai PEMBINA..em apa itu? Pembina is stand for Persatuan Belia Inovatif Nasional..coretan ini sekadar perkongsian buat sahabat2 agar lebih jelas akan matlamat penubuhan kelab ini di UPSI sepertimana ana pernah difahamkan..dan mungkin apa yang pernah kita faham selama ini berbeza namun tidak semestinya ia salah..dan mungkin apabila di 'combine' akan menjadi kefahaman yang mantap insyaallah..

Mengimbau kembali sejarah cadangan penubuhan kelab di Upsi, pernah diutarakan oleh beberapa akhwat senior namun ianya tergendala sehinggalah beberapa orang akhwat dikehendaki hadir ke perjumpaan PEMBINA cawangan perak di Ipoh..dijelaskan mengenai hala tuju pembina hinggalah tiba kepada cadangan agar ditubuhkan kelab pembina dibeberapa ipt tempatan..dan upsi adalah antara ipt yang dicadangkan..masih jelas di ingatan bila mana salah seorang PIC (person in charge) berkata 

"ana lihat berdasarkan jumlah akhwat Upsi, ini adalah masa yang sesuai untuk menubuhkan kelab"..

Subhanallah, bagaikan halilintar yang membelah ketenangan, akhwat upsi memandang sesama sendiri..tergamam..terlintas difikiran, mana mungkin kami mampu menubuhkan kelab sedangkan tiada diantara kami yang aktif berpersatuan, melainkan sekadar ahli biasa..namun kata sokongan dan galakan terus diberikan membuatkan kami akur untuk menyahut seruan asatizah..insyaallah berbekalkan keyakinan yang Allah pasti akan membantu..




Dakwah dulu dan kini

Jika dulu ketika di matrik, seringkali murobiyah memesan fasa kita adalah fasa yang tidak sesuai untuk memegang jawatan, takut kita tak mampu untuk merubah keadaan hingga akhirnya kita sendiri yang hanyut dalam kesibukan yang x membawa maslahat pada diri dan umat..lain halnya andaikata kita memegang jawatan dalam persatuan yang dikelolai oleh mereka yang faham islam..itupun memerlukan mujahadah yang tinggi agar tidak lari dari matlamat asal iaitu mengislah ummat..

Kerana itulah bila tiba di ipt, akhwat lebih gemar dan selesa untuk melakukan dakwah secara underground, illegal..bagi mengumpul kekuatan..ada juga kes akhwat yang terlibat dengan persatuan islamik, namun akibat tidak mampu mengurus masa dengan baik menyebabkan tarbiyah diri terabai..leka dengan kesibukan teknikal, meeting sana sini..hingga akhirnya tidak join program tarbiyah, usrah dll..inilah yang amat dikesalkan.

Namun kini, melihat kepada kerosakan ummat yang amat dahsyat, akhwat perlu melakukan anjakan paradigma..panji kebaikan atau panji islam harus diangkat agar masyarakat nampak ke mana harus mereka tuju untuk kembali kepada fitrah islam..sepertimana orang2 kafir mengangkat tinggi2 panji-panji mereka yang kini terdapat ramai orang islam bernaung di bawahnya..iaitu panji hedonisme, panji liberalisme, sekularisme dan sebagainya..maka panji islam harus diangkat tinggi-tinggi..

Bertitik tolak dari itulah, kita mahu menubuhkan PEMBINA. Panji islam yang mahu kita angkat tinggi-tinggi khususnya di Upsi..dakwah perlu dijiharkan, agar masyarakat tahu apa yang kita lakukan..apa yang kita ingin bawa..iaitu ISLAM..TARBIYAH..

                                             


Cabaran kita

Lumrahnya, setiap sesuatu yang ingin kita lakukan pasti ada cabarannya..maka cabarannya disini adalah karenah birokrasi yang membantutkan perancangan2 kita..sehingga membuatkan diri rasa macam nak tarik diri dari semua ni..x nak pening2 kepala, dan buat dakwah macam biasa..namun pesanan seorang akhwat :

" Kita yang memulakan, maka kitalah yang harus meneruskannya..moga usaha kita dapat dirasai oleh generasi seterusnya.."

Kesimpulan 

Jadi ayuhai ikhwal wal akhwat..ayuh kita sama2 ikhlaskan kembali niat kita berbuat kerana Allah semata. Mari kita concern tentang iman dan amal kita kerana pertolongan Allah itu buat mereka yang benar-benar beriman kepadaNYA..moga Allah akan memudahkan urusan kita..selamat menjadi daie yang benar2 jelas dan komited terhadap agenda dakwah dimana pun kita berada..moga kita dapat meninggalkan sesuatu yang bermakna di Upsi ini sebelum melangkah ke alam yang lebih mencabar..

wallahua'alam..







No comments:

Post a Comment