kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

June 7, 2012

Inilah dia jiwa-jiwa tarbiyah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMU ya Allah aku menulis...moga Engkau meredhoinya..

Alhamdulillah selamat maju jaya diucapkan kepada semua akhwat UPSI yang akan berpraktikal pada hujung bulan Jun ini iaitu pada 25/6/2012 ini hinggalah bulan Oktober (x ingat tarikhnya..huhu)..

yeay!!dah nak praktikal!!!heheh
Masih segar diingatan ketika awal2 pemberitahuan mengenai maklumat praktikum, masing-masing merancang strategi..namun perancangan akhwat2 adalah perancangan luar biasa, kerana ape? kerana mereka ini adalah insan yg berjiwa tarbiyah, maka tindak-tanduk yang terlahir pasti tidak akan membelakangkan tarbiyah..dialog yang terbit adalah menggambarkan apa yang ada dalam jiwa mereka..

"ukhti, kita praktikal sama ye, ana takut ana tak kuat la sorang2"

"ukhti, jom praktikal sama, boleh kita suburkan dakwah kat tempat praktikal, lagi-lagi bulan ramadhan ni, ana akan kuat kalau ada enti..jomla, "

"Eh ana nak praktikal sini, ada kak M mengajar kat sini, boleh la tolong2..hehe" 


Dalam halaqah pula, 

"ukhti, kalau praktikal dekat sini ada akhwat tak?"

"ukhti, macam mana dengan usrah kami ketika praktikal nanti?

"Haa..nak praktikal kat sini la..dengar kata ramai akhwat kat sini.."

"Emm..nak praktikal kat sini la, dekat dengan cawangan senang kalau nak pi program..eheh.."

Subhanallah fenomena apakah ini, melihat dan mendengar perancangan akhwat membuatkan diri ini kagum, nah inilah yang dikatakan jiwa2 tarbiyah, dalam strategi dan perancangan perkara utama yang difikirkan adalah kelangsungan tarbiyah...dan inilah yang membezakan kita dan mereka yang diluar sana iaitu perancangan yang bagaimana...yang mana satu menjadi pilihan kita..



Adakah perancangan ini membuatkan pemilik jiwa2 tarbiyah ini kelihatan seperti eksklusif? Mahu dan ingin bersama-sama dengan kelompok mereka sahaja? Tidak mahu bersosialisasi? Sudah tentu tidak, namun yang diharapkan dalam perancangan ini adalah kekuatan dan sokongan dari mereka yang turut memahami hakikat kehidupan..takut andai dalam kesibukan, tidak ada yang mahu mengingatkan, "ukhti, jom kita tilawah, jom baca mathurat, jom tahajud, jom pegi usrah, dauroh" dan sebgainya...takut andai diri lebur bersama kesibukan duniawi hingga tersirna tarbiyah yang membaluti diri ketika di UPSI..jiwa-jiwa tarbiyah ini hanya ingin ada yang mengingatkan mereka betapa walau di mana kita berada, kita sentiasa perlukan DIA..taat padaNYA..

                                                                         
  


Meskipun  kita semua tahu tidak semua perancangan kita selari dengan perancangan Allah, tapi at least kita telah pun berusaha, bukankah Allah telah berpesan pada kita dalam firmanNYA, 

         "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada       mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat-baik." (29:69)

Walaupun akhirnya keputusan yg diterima lain dari perancangan asal, tidak dapat berpraktikal bersama akhwat, yakin lah I'allah Allah akan mudahkan jalan kita untuk meraih redhaNYA, yang mungkin berbeza caranya bagi setiap akhwat..tersentuh hati ini melihatkan ada akhwat yg menangis kerana praktikal jauh dari akhwat..sabar ye ukhti i'allah segala yg datang dari Allah, maka itulah yg terbaik buat kita (2:216)..jadikan ini sebagai cabaran buat kita dalam mengimplementasikan tarbiyah kita di medan yang baru..

                                      


 Baiklah dekat sini ana nak kongsi dan dedikasikan sedikit pesanan jua nasihat yg ana 'exstract' dari akhwat2 senior kita yang berpengalaman..almaklumlah kita kan baru nak bertatih ke alam sebenar, jadi perlukan sedikit panduan dari mereka yang telah mengalaminya..
  1. Jangan abaikan atau buat sambil lewa untuk praktikal ni, jaga hubungan baik dengan pengetua, guru2, buat RPH dan aktifkan diri di sekolah (tunjuk contoh teladan yg baik)
  2. Berusahalah bersungguh2 untuk dapat hadir ke usrah (bila dah diaturkan) , kalau susah nak datang usrah sangat pun, minimum hadir ke program2 tarbiyah  (namun dalam masa yang sama jangan terlalu aktif berprogram sampai abaikan praktikal)
  3. Bilamana dalam tempoh 2 minggu bermula hari pertama mendaftar disekolah, masih tiada mana2 akhwat hubungi untuk kelangsungan tarbiyah..minta rujuk dengan MUROBBIYAH lama (upsi), dan jangan diamkan diri sahaja (sungguh dakwah dan tarbiyah tidak akan pernah rugi, bahkan dirimulah yg rugi kerana terlepas peluang yg diberi)
  4. Laksanakanlah tanggungjawab kita yang asasi (mengabdikan diri kpd Allah), meskipun kesibukan melanda diri (maksudnya jaga mutabaah amal fardhi lah, becoz ujian kesibukan sgt2 menguji keberkesanan tarbiyah ketika di UPSI)
  5. Kalau ada apa2 masalah bincanglah dengan murobbiyah (tak kisahlah yg lama or yg baru), cuba elak ambil keputusan sendiri yg adakalanya tanpa sedar merugikan diri sendiri (sikap telus, jujur dan ikhlas amat diperlukan)


Insyaallah setakat ni je kot yang dapat ana kongsikan buat tatapan akhwat semua..apa-apa pun semoga menjadi murobbiyah (guru) yang ikhlas, amanah, jujur dalam melaksanakan tugas warisan anbiya' iaitu mendidik..buatlah yang terbaik, dan sehabis baik..seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi...Semoga berjaya semuanya...:)