kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

July 4, 2011

Sekilas Isra' Mikraj..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah wa syukurillah..
Setinggi-tinggi pujian buat Allah, Rabb yg tidak pernah tidur, tidak pernah leka mengurusi hamba-hambaNya..yg sentiasa menitipkan kasih sayangnya di setiap saat bagi hamba yg menyedarinya..yg sentiasa melimpahkan rahmat dan kasihnya meski Dia sering didurhakai, meski Dia sering dilupai..hanya kerana Dia begitu mencintai dan merindui hamba-hambanya yang beriman..Alhamdulillah atas nikmat ini wahai cinta agung..

Firman-Nya : Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan Hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjidil Haram kemasjid yang amat jauh (Baitul Muqaddis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” – (Surah Al-Israq : Ayat 1). 

Sekilas mengenai Isra' mikraj. Isra' mikraj merupakan hadiah bagi mereka yang benar-benar yakin akan kekuasaan Allah..juga sebagai ujian pengukuhan iman buat membuktikan siapakah yang  benar imannya kepada Allah jua Rasulullah..peristiwa perjalanan kekasih Allah yang yang jika ditafsirkan dengan logik akal manusia akan membuatkan diri rebah tersungkur lantaran mengagumi kehebatan pemilik kerajaan, Allah azza wajalla. Di kesempatan ini ana ingin mengajak sahabat semua merenungi kehebatan Allah yang terbukti melalui hadiah yang diberikan kepada kekasih agungNya yakni Muhammad.


Sahabat yg ana kasih sekalian,

Hebat kan Allah..
Cuba kita bayangkan perjalanan dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis yang mengambil masa sebulan perjalanan  hari biasa (jika salah betulkan), namun hanya memakan masa 1 malam sahaja ketika peristiwa isra' mikraj..subhanallah satu keajaiban yang nyata..dan seperti kita sedia maklum pada malam peristiwa itu rasulullah dibawa menaiki kenderaan atau makhluk yang bernama 'buraq"..ayuh kita kaji kehebatan 'buraq' ini. Bagaimana dia bisa hebat? jawapannya kerana pemiliknya hebat dan pemilik kepada pemiliknya sudah tentu lebih hebat!


Kehebatan 'buraq'...

Hakikatnya 'buraq' ini merupakan kenderaan malaikat yang kelajuannya adalah melebihi kelajuan cahaya. Kerna itulah 'buraq' ini hebat. Bagi lebih membuktikan kehebatan 'buraq' ini, mari kita analogikan dengan persekitaran kita..sebagai contoh yang terkini (x de la terkini sgt hehe) adalah teknologi sinaran laser yang terbukti membantu dalam perubatan. sekiranya ada antara kita yang mempunyai masalah penyakit batu karang, hanya dengan melakukan pembedahan laser sahaja (biiznillah pastinya) batu karang dapat dipecahkan tanpa sebarang kesan luaran dan mengalir keluar bersama urine kemudiannya..dan ana dapat tau yang terbaru, bersunat pun boleh dilakukan hanya menggunakan teknologi sinaran laser..subhanallah bagaimana, hebat bukan?  itu baru sahaja kehebatan dari secebis nikmat cahaya yg Allah beri kepada kita..apalah sangat  hebatnya sinar laser nak di bandingkan dengan malaikat yg diciptakan dari 'nur' atau cahaya yg original  direct dari Allah.  sudah tentu 'nur' ini (baca: malaikat) lebih hebat dari laser bukan..seterusnya kita pergi pula kepada keupayaan manusia dalam larian. 

Manusia dengan kereta..siapa lebih laju?

Umumnya manusia biasa jika diberi masa satu jam untuk berlari, paling tidak pun (plus minus )bisa berlari sejauh 3 batu..sehabis jauh la boleh dikatakan. Namun dengan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan, manusia berjaya mencipta kenderaan seperti kereta untuk kemudahan. Pasti sahabat tertanya-tanya bukan, ape kaitannya?. xpe teruskan pembacaan..baiklah dibandingkan dengan manusia, kenderaan seperti kereta yang dicipta oleh manusia ini jika diberi masa selama 1 jam bole memecut mungkin sampai dalam 50 atau 60 batu, lebih jauh la dari manusia..
Jadi kesimpulannya disini, kenderaan lebih laju dari pemiliknya betul x? meskipun hakikatnya manusia jauh lebih hebat berbanding ciptaannya.
Kesimpulan..

 Oleh itu wahai sahabat sekalian, bagi menambah kefahaman antuna, kesimpulannya disini adalah kereta lebih laju  dari pemilik kereta itu sendiri. maka 'buraq' jua lebih laju dari pemiliknya iaitu malaikat. dan malaikat itu jauh lebih hebat dari manusia..makanya kenderaan malaikat jauh lebih hebat dari kenderaan manusia. kerana itulah 'buraq itu hebat kerana pemiliknya jua hebat dan pemilik kepada pemiliknya jua lebih hebat! Subhanallah...hebat kan Allah pencipta segala yang dicipta..


Baiklah sahabat sampai disini sahaja dulu..ayuh kita ambil iktibar dari kisah Isra' Mikraj.yang ana huraikan disini hanyalah secebis dari seribu keajaiban isra' mikraj yang boleh kita ambil pengajaran..ketahuilah, maklumilah kisah isra' mikraj kerana kalau bukan kita yang ambil tahu siapa lagi bukan?

~End of post~


No comments:

Post a Comment