kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

June 21, 2011

kerna ukhwah itu...Part I

Perjalanan ukhwah bersulam cinta di bumi bertuah itu kembali menggamit memori suka dan duka berukhwah bersama mereka..aku terkesima, tanpa sedar air mataku menitis bagai mengerti bicara jiwa yg mengharap hadirnya detik dan waktu yang indah itu..

Halaqah cinta pada petang itu berakhir tepat jam 5.00 petang..alhamdulillah banyak input yg menggetar jiwa bisa di simpan kemas dalam memori otak kecil ini, yg tidak pernah berhenti melakukan kerjanya dengan izin Sang Pencipta..jiwa terasa tenang, bahagia,..indah bermakna..

''muslihah, macam mane tadi anti faham ke ape yg kakak tu sampaikan? Sufi memulakan bicara sambil melangkah beriringan bersama muslihah menuju ke kolej kediaman.

''alhamdulillah..setakat ni ana rasa ana faham kot ape yg kakak tu sampaikan..cuma nak praktikkan tu perlu mujahadah sedikit..hehe''

''best kan..satu hari nanti ana berharap sangat ana dapat jadi seperti mereka..mengajak orang pada kebaikan. tapi tu la buat masa ni ana rasa x mampu lagi'' riak wajah penuh pengharapan itu tidak dapat disembunyikan lagi dari muslihah.

"xpe kita buat la pelahan-lahan yang mane mampu..perubahan tu kan berperingkat. Insyaallah kita pasti boleh jadi seperti mereka." pujuk Muslihah buat menenangkan hati sahabatnya itu.

''Ukhti, tengok couple tu xde perasaan malu langsung, berpimpin tangan di khalayak ramai sedangkan minggu ni baru saja kempen boikot couple dilancarkan. Ish tak makan saman sugguh diorang ni ye. ha ukhti, ilmu dah ade ape lagi praktikkan la, peluang baik buat baik ni..hehe pi la tegur."ujar sufi dalam nada gurauannya.

sunyi sepi..tiada jawapan..

''sufi, ana pergi dulu ye ana lupa ada hal urgent, ana kena cepat ni. ok asslamualaikum..'' 

Dalam kebingungan itu,tiada kata bersambut..hanya mata mampu melirik menghantar pemergian tiba-tiba sahabatnya itu.. hati kecil  pun bicara sendirinya..perlahan..waalaikumsalam ukhti..

Malam itu, Sufi tidak dapat melelapkan matanya. Peristiwa petang tadi benar-benar mengganggu emosi wanitanya..Ya Allah, mungkinkah aku telah menyakiti hati sahabatku dengan kata2 ku. Andai benar Ya Allah..amunilah aku. sugguh aku tidak sengaja, tiada sekelumit niat pun untuk aku menyakiti hati dia..niatku hanya untuk bercanda..

nantikan sambungannya..


 



1 comment: