kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

May 14, 2012

Dari sidang mereka..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah wa syukurillah..segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam yang telah menciptakan malam dan siang, panas dan sejuk..segala puji atas segala nikmat yg telah dikurniakan..pada hari jumaat yg lalu alhamdulillah di beri kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu iaitu Bicara Wanita...sedikit perkongsian dari sahabat2..(task halaqah hehe)..saje ana tampalkan disini buat perkongsian dan kenangan...


-From ukhti epal hijau fruities-


Salam kepada sahabat2 usrahku S, W, N , dari kejauhan M dan yang teristimewa buat murabbiahku NG… Pada Jumaat lalu, ana berkesempatan menghadiri Bicara Wanita di Auditorium yang bertajuk “Aurat Dijaga, Syariat Terpelihara”. Tarikan utama untuk ke majlis ilmu tersebut mestilah kak Fatimah Syarha yang sentiasa comel… Kebetulan pula halaqah kita digantikan dengan majlis ilmu tersebut.. Alhamdulillah, ana sempat ubah niat ana kepada niat yang lebih baik bkn semata-mata nak tengok kak Fatimah tp ilmu dan redha Allah………. 
Cerita skit sebelum sampai kt audi…, kt foyer KAB tiada bas. Padahal lepas magrib foyer dah penuh dengan wanita2 berpakaian pink… bas datang dengan tiba-tiba dan strategi untuk berebut2 tempat duduk dimulakan segera.. Alhamdullilah, ana, ain dan wani dapat tempat duduk…rezeki Allah… . dalam bas, ikin n syafa memberitahu tempat full !! 
ok, xpe…dh biasa duduk kt tangga… ^^
Bertemankan wani di tangga, ilmu tentang akhlak, adab, akidah dan erm nak pilih calon suami ditadah sebanyak mungkin… ni lah antara yang ana dpt grab..
1) Ustazah Yazidah, menerangkan maksud memelihara syariat tu bagaimana. Ada lima iaitu jaga agama, jiwa/nyawa, akal, keturunan dan jaga hati.
2) ada 3 golongan wanita. 1) tutup semua aurat, 2) dedahkan semua aurat, 3) pertengahan (tak ingat sangat, maaf xcatat)
3) Bezakan mukmin dengan muslim… da tahu diri ana sekarang berada dalam kategori mana.. 
4) Aurat dengan ipar duai - dulu xfhm konsepnya… sekarang da faham… so, lepas ni kena buat.. Ya Allah, give me strength.
5) Aurat dengan rakan muslim.
6) Maksud tabaruj.
7) Cara mendidik anak2 supaya menjadi soleh dan solehah – pujian, jaga tutur kata, bersabar…
Bak kata kak Fatimah Syarha, nak anak2 yang soleh dan solehah kena pilih ‘ayahnya’ dulu… kena perbaiki diri untuk mendapatkan yang lebih baik.
9) Yang bertutup itu lebih indah.
10) ALLAH is SWEET.
p/s: Maaf, banyak ni je yang ana mampu coretkan.. semoga dapat Mardatillah…





ok, yg ni pula, -from ukhti M-



-From ukhti W-


Assalamualaikum sahabat-sahabat ana semua....ana doakan sahabat berada dalam keadaan sihat dan diberkati allah s.w.t 
ana ada sedikit perkongsian daripada ceramah yg dismpaikan oleh ustazah yazidah yahya dan ustazah fatimah syarha yg brtajuk aurat dijaga syariat terpelihara....banyak ilmu berguna yang dapat kita peroleh dripada majlis ilmu ini...dalam majlis ilmu ada diterngkan tentang konsep syariah...ustazah yazidah menerangkan syariah ialah sesuatu tanggungjwab yang telah ditetapkan oleh allah dan syariah ini meliputi semua yang memberi ketenangan...Syariah ini diturunkan untuk menjaga lima perkara iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan juga harta...5 perkara ini akan terpelihara dan terjga skiranya seorang muslimah itu melaksanakan syariah allah.. Dalam majlis ilmu ini juga ustazah fatimah syarha ada menerangkan tentang maksud aurat...Aurat ialah sesuatu yang terdapat pada diri kita yang perlu kita tutup...aurat juga memberi maksud perhiasan wanita...perhiasan itu haruslah dipelihara dan tertutup...aurat wajib ditutup kerana allah...allah memerintahkan wanita menutup aurat semata-mata kerana allah syang kepada wanita...allah itu sweet dan maha penyayang..allah tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada wanita sekiranya tidak menutup aurat...wanita yang meutup aurat, pemakaiannya yang mentup aurat itu akan menjaga dirinya...menutup aurat juga mendidik seseorangwanita itu menuju kepada ketakwaan...Ustazah yazidah ada juga menerangkan tentang perbezaan antara mukmin dgn muslim..org mukmin ialah org yang beriman spenuhnya, tidak ragu2 dan sempurna imannya...muslim pula maksudnya manusia yg sedang belajar tentang islam dan belum lg mantap imannya...mukmin sejati ialah mukmin yg menyerah diri kepada syariat allah...sbgai cth...saidatina hajar isteri kepada nabi ibrahim merupakan mukmin yg taat dan tidak meragui perintah allah dan yakin kepada allah...saidatina hajar pernah diperintahkan oleh allah supaya ditinggalkan di kawasan yang terpencil dan tidak dihuni oleh manusia...siti hajar tetap menurut perintah allah dan yakin kepada kekuasaan allah...walaupun perintah tersebut sesuatu yg berat...wanita yang tidak menutup aurat ialah wanita yang tidak berjaya melawan hawa nafsu...kita sebagai wanita muslimah hendaklah melawan hawa nafsu utk kebaikan diri.. selain itu, ustazah ftimah syarha ada jga memberikan tips-tips mendidik anak-anak menjadi anak yg solehah...antaranya ialah bercakap perkataan yg baik-baik dgn anak2..biasakan diri anak-anak dengan allah dan setiap perbuatan yg anak buat hendaklah dikaitkan dengan allah...setakat ini sja yg ana peroleh daripada ceramah yg dismpaikan oleh ustazah yazidah dan ustazah fatimah syarha...Ceramah yg dismpaikan oleh dua org ustazah ini banyak memberi ana tips2 berguna utuk menjadi wanita solehah yang menjaga auratnya dan perkongsian ini juga diharapkan memberikan manfaat kepada sahabat2 ana yg ana sayangi...


-From ukhti S-


Assalamualaikum buat sahabat-sahabatku, syikin, ila, mira, wani dan nabila...maaf ana lambat...(^_^)

Maaf lagi sekali ana tak pandai sangat nak buat huraian yang panjang-panjang tentang tajuk yang telah dibincangkan oleh 2 ahli panel kita iaitu Ustazah Fatimah Syarhah dan Ustazah Yazidah. Jadi kat sini ana nak kongsi satu blog yang telah ana baca mengenai aurat wanita(di bawah ye). Kesimpulan bagi keseluruhannya adalah wanita diumpamakan seperti wanita sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah yang mana bijak dalam menjaga 5 perkara didunia ini iaitu Agama, Jiwa, Akal, Keturunan dan Harta. Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan ALLAH semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Selain daripada itu aurat juga disebutkan sebagai satu ruang yang dibuka membolehkan musuh akan masuk. Maksud bagi ruang yang membolehkan musuh masuk adalah seperti kita membenarkan godaan atau bisikan syaitan yang memudahkan kerjanya untuk memesongkan umat nabi pada masa sekarang. Kita boleh lihat zaman sekarang yang bertudung tetapi seolah-olah tidak berpakaian yang mana aurat tidak ditutupi dengan rapi atau sempurna. Lagi satu yang ana nak tambah kat sini adalah mengenai didikan sebenar kepada anak2 seperti yang telah disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarhah iaitu penting bagi ibubapa mendidik anak melalui percakapan yang baik-baik agar anak dapat dibentuk dengan sempurna iman dan taqwa yang dipupuk sejak kecil lagi dan selalu mengingatkan anak-anak tentang ALLAH S.W.T yang sentiasa berada dimana-mana sahaja. Seperti yang dikatakan oleh ustazah, anak tidak akan takut untuk ke sekolah jika ia mengatakan ALLAH sentiasa bersamanya. Ana rasa sampai disini sahaja apa yang ana nak kongsi dengan sahabat2 ana buat masa sekarang. Alhamdulillah jika diberi kesempatan lagi oleh syikin, InsyALLAH ana akan kongsikan apa2 yang akan memberi input buat sahabat-sahabat ana yang dikasih dan dirindui kerana ALLAH. Sekian wasalam warkah buat sahabat2.(hehehe maaf x pandai sangat menulis macam w, m dan E.)



p/s: InsyALLAH ana doakan kita akan bertemu lagi dalam bulatan kecil kita pada hari khamis ini.(sebab rindu sangat dan stress asyik dengan assignment sahaja.)






No comments:

Post a Comment