kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

April 1, 2012

Kerna dia akhwatku..wardatul sakinah

 Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam..Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah saw, para ahlul bait, sahabat-sahabat dan seterusnya..

Hari ini ingin bercerita mengenai seorang akhwat yang sangat saya kasihi dan senangi..dia seorang akhwat yang terlalu baik yang pernah saya jumpa..yang selalu membantu orang lain meskipun dia tidak berdaya, yang sentiasa setia mendengar luahan hati insan2 yang membutuhkan teman bercerita, sentiasa memberi sokongan bahkan tidak pernah menjatuhkan semangat orang lain..subhanallah dalam dirinya tersimpan akhlak mulia yang tidak semua orang memilikinya...akhlaknya adalah semulajadi, bukan dibuat2!!

Aku mengagumi dia dalam diam..cemburu melihat sikap dan akhlaknya yg sentiasa tenang, menerima orang lain apa adanya..apatah lagi setelah dilanggar tarbiyah, sikap yg semula jadi baik itu semakin menjadi2..hehe perkenalan aku dan dia belumlah terlalu lama, bukan juga terlalu baru..namun cukup untuk aku menceritakan serba sedikit tentangnya..sebagai motivasi untuk beramal..bukan post ini bertujuan mengundang hadirnya penyakit amal seperti riya', ujub dan sebagainya..sekadar ingin menghargai dan ingin mengajak bersama mencontohi..moga kita semua dalam rahmat kasih sayang dan maghfirahNya..


Di antara sikapnya yang begitu membekas dijiwa ini adalah mudah membantu atau memberikan pertolongan..ya sikap inilah yang harus ada pada setiap insan apatah lagi seorang daie..kerana apa?

Kerana ini :

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

Dan ini lagi : 

Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

Jadi adakah kita masih ragu-ragu dan berkira-kira untuk membantu orang lain?  Dan ape yang menariknya, akhwat ni (yg dimaksudkan pada awal post) jarang untuk berkata tidak setiap kali diminta tolong..walaupun dia sibuk atau penat sangat...bicara yang keluar dari bibirnya " ok tak pe, bole je, ana tolong"..nah itu dia akhlak..apa maksud akhlak? Perbuatan yang dibuat bukan kerana buat2,.dan aku sendiri memang selalu minta tolong dia..walaupun kadang2 rasa kesian dekat dia banyak keja nak buat..hehe 

Setiap orang punya kelemahan, aku juga, dan dia (akhwat tu) juga...namun disebabkan banyaknya kebaikan dia, mampu menutupi kelemahan dia yang sedikit itu..

Aku sendiri kadang-kadang terlupa bahawa kita tidak akan pernah sempurna, sehingga adakalnya aku begitu mengharapkan yang terbaik dari dia terutamanya dalam urusan dakwah..umpamanya dalam pelaksanaan program..begitu mudah bibir ini mahu menegur tanpa bertanya dahulu apakah masalah dia..begitu mudah juga diri ini membuat andaian sendiri, walhal kita tahu bila mana seseorang mengatakan dia sudah melakukan yang terbaik, mungkin dan boleh jadi 'terbaik' itu adalah diukur dari segi kemampuan dia..di mata kita mungkin ape yang dilakukannya belum lagi terbaik, namun pada dirinya mungkin itu lah yang 'terbaik' yang dia mampu lakukan..

Jadi wahai sahabat, maafkan diri ini bila tersalah membuat andaian mahupun teguran..maafkan jua diri ini kerana sering menyakiti hati mu, membuat sedih hatimu yang lembut itu...bukan bermakna aku tidak menyayangimu, mustahil kerana kau akhwatku...aku mencintaimu segenap hatiku...namun aku juga sering khilaf, terbawa2 oleh emosiku..

salah seorang dari mereka...wardatul sakinah


Terima kasih yang tidak terhingga kerana selalu ada disisiku di saat ini memerlukan teman sepertimu..

No comments:

Post a Comment