Salam,
Aku menulis ini untuk kamu, kerana aku amat yakin akan potensi kamu yang amat besar untuk Islam dan dakwah ini.
Kerana itu padaku, amat penting jika ini diceritakan buat kamu agar apa yang kamu pilih di kemudian hari, adalah berdasarkan apa yang Allah mahukan buat kamu, bukan apa yang kamu mahu dari dirimu sendiri.
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ۬ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً۬ فَمَن يَہۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (٢٣)
Apakah kamu tidak melihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya? Dan dia pula disesatkan oleh Allah di atas ilmuNya. Dan dikunci pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah)? Oleh itu, mengapa kamu TAK mengambil peringatan? ( Jasiyah: 23)
Pernah dahulu seseorang pernah berkata padaku:
‘ K Aisyah, ada ke ikhwah ini kata akhawat ini macam warden penjara?’
Kami tergelak besar.
Ada ke patut ikhwah cakap kami camtu? Habis tu dia ingat dia itu hensem sangat ke kami nak cakap lemah lembut?
Dan aku masih teringat reaksi beberapa ikhwah apabila aku menegur mereka secara tegas kerana mereka dengan selambanya masuk ke ruangan akhawat!
Aku tidak pernah mengenali jiwa seorang lelaki sehinggalah aku berkahwin dengan dia.
Dan barulah aku faham, mengapa ungkapan warden penjara itu boleh keluar dari bibir ikhwah tersebut.
“macam mana nak kahwin dengan akhawat? muka dah arr tak kenal, meeting plak asyik gaduh je”
taknak arr kahwin dengan akhawat.. garang… takut arr aku… nanti karang kalau bangun lewat subuh kena marah-marah”
Tergelak aku membacanya. Jatuh respek sedikit pada ikhwah pun ada. Tapi untuk adik-adik baru, bolehlah kita fahami. Itu adalah suara yang lahir dari fitrah insaniyah seorang lelaki.
Cuma….
Dia masih belum nampak syiling disebelah belakangnya lagi ( the other side of the coin)
Begitu juga terkadang aku menggeleng kepala mendengar kisah-kisah ikhwah yang meminang secara direct kepada akhawat. Kebanyakan kes begitu pasti akan bertemu kisah-kisah yang memilukan ( tak jadi maksudnya).