Assalamualaikum..wbt
Salam penuh cinta buat sahabat yang ana kasih sekalian..kaifa hal?
Salam penuh cinta buat sahabat yang ana kasih sekalian..kaifa hal?
Em agak-agaknya ape maksud tersirat disebalik tajuk post ana kali ini ye? Maaf jika gaya bahasa atau penulisan ana membuatkan kalian keliru atau x faham kerana ana memang kurang dalam bab penulisan ni. Kali ni ana ingin kongsikan fenomena yang mungkin terjadi dalam kalangan kita (tidak kiralah dirumah atau dimana2) namun kurang penegasan mahupun peringatan untuk merubah keadaan. Agak-agaknya ape ye..
Sahabat yang ana kasih sekalian,
Teringat pula kata2 seorang doktor di fasa awal pentarbiyahan ana dulu, katanya dgn penuh semangat "kita ni kena ubah diri kita menjadi seorang yang luar biasa, dari zero to hero, dari kurang baik kepada baik, dari baik kepada lebih baik lagi..jika kita sebelumnya seorang yang suka melengahkan solat, maka hari ini kita harus merubah diri kita menjadi orang yang paling awal solat, alert dgn waktu solat..dan seterusnya...". Masyaallah menangis diri ini mengenangkan kejahiliyahan dahulu..begitu membekas sekali..subhanallah..
Ye..SOLAT. ayuh kita perhatikan dan muhasabah sebentar seperti apakah solat kita pada hari ini..ye benar sekali mungkin bagi kita yang telah dilanggar tarbiyah ini, tidak lagi teruji dengan meninggalkan solat dengan sengaja. Namun lupakah kita pada musuh kita yang nyata yakni syaitan yang sentiasa mencari ruang-ruang untuk menyesatkan manusia..apatah lagi yang sudah ditarbiyah, pangkat syaitan yang datang menggoda juga semakin meningkat bukan? Adakalnya kita jua turut terjerumus dalam tipu daya syaitan apabila dengan sengaja atau tidak sengaja melengah-lengahkan solat fardhu..sedarkah kita? mungkin sedar tapi menganggapnya perkara biasa..AWAS bahaya tu..