kembara maratussufi..

''Dalam diari pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan,bala yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat. Mereka tepu dgn masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dgn belaian sang Pencipta, sbagai tanda ingatanNya''

February 27, 2012

Isu yang semakin berakar umbi..

Salam,
Aku menulis ini untuk kamu, kerana aku amat yakin akan potensi kamu yang amat besar untuk Islam dan dakwah ini.
Kerana itu padaku, amat penting jika ini diceritakan buat kamu agar apa yang kamu pilih di kemudian hari, adalah berdasarkan apa yang Allah mahukan buat kamu, bukan apa yang kamu mahu dari dirimu sendiri.
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ۬ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً۬ فَمَن يَہۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِ‌ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (٢٣)
Apakah kamu tidak melihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya? Dan dia pula disesatkan oleh Allah di atas ilmuNya. Dan dikunci pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah)? Oleh itu, mengapa kamu TAK mengambil peringatan? ( Jasiyah: 23)
Pernah dahulu seseorang pernah berkata padaku:
‘ K Aisyah, ada ke ikhwah ini kata akhawat ini macam warden penjara?’

Kami tergelak besar. 
Ada ke patut ikhwah cakap kami camtu? Habis tu dia ingat dia itu hensem sangat ke kami nak cakap lemah lembut?
Dan aku masih teringat reaksi beberapa  ikhwah apabila aku menegur mereka secara tegas kerana mereka dengan selambanya masuk ke ruangan akhawat!
Aku tidak pernah mengenali jiwa seorang lelaki sehinggalah aku berkahwin dengan dia.
Dan barulah aku faham, mengapa ungkapan warden penjara itu boleh keluar dari bibir ikhwah tersebut.
“macam mana nak kahwin dengan akhawat? muka dah arr tak kenal, meeting plak asyik gaduh je”
taknak arr kahwin dengan akhawat.. garang… takut arr aku… nanti karang kalau bangun lewat subuh kena marah-marah”
Tergelak aku membacanya. Jatuh respek  sedikit pada ikhwah pun ada. Tapi untuk adik-adik baru, bolehlah kita fahami. Itu adalah suara yang lahir dari fitrah insaniyah seorang lelaki.
Cuma….
Dia masih belum nampak syiling disebelah belakangnya lagi ( the other side of the coin)
Begitu juga terkadang aku menggeleng kepala mendengar kisah-kisah ikhwah yang meminang secara direct kepada akhawat. Kebanyakan kes begitu pasti akan bertemu kisah-kisah yang memilukan ( tak jadi maksudnya).


Bekas mutarabbiku adalah seorang yang amat lembut. Suaranya sendiri boleh menjadikan ramai jiwa lelaki bergetar-getar mendengarnya. Aku sering terpaksa menasihatinya untuk menegaskan suara sewaktu meeting kerana itu akan menimbulkan banyak fitnah pada ikhwah yang mendengarnya. Kasihan ikhwah, kataku. Kerana aku sendiri boleh gemalai mendengar suaranya yang lemah lembut itu.
Penangan suara yang lembut, dan mendayunya suara adalah gemersik yang akan menghantui jiwa seorang lelaki, samada ikhwah ataupun bukan.
Sukakah seorang ikhwah itu, jika akhawat itu bertutur lembut lemah gemalai pada dia dan ikhwah lain, dan antum akan sering bermimpi akan dia dan berdiskusi akan dia di meja makan?
Sebenarnya akhwat yang tegas dan dikatakan garang itu , are doing favours to you, ikhwah.
Mereka menjadikan pada ikhwah tidak mengigau di siang hari ataupun tidak lelap tidurnya.
Apatah lagi tidak fokus dalam dakwah!
Suara seorang wanita itu ada bisanya! ( bukankah itu yang anda sedang alami pada wanita2 di luar sana?)
Kerana itu Allah menurunkan ayat ini kepada para wanita, kerana itulah ikhwah, akhawat mengambil pegangan akan ayat ini:
” Dan janganlah kamu berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicarasehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik.” (Surah Al-Ahzab 32)
Memang tak boleh lunakkan suara, tapi, perlu berkata akan perkataan yang baik.
Percayalah, anda takkan kenal seorang akhawat, sehinggalah anda berkahwin dengannya!
Di situlah kelembutan seorang isteri akan terserlah, dan kebijaksanaannya dalam mengejutkan solat subuh!
Anda takkan tahu, kerana wanita itu takkan tunjukkan kelembutannya dan keayuan serta kecantikan akhlaknya pada sebarang lelaki yang ajnabi!
Seorang ustazku pernah berkata padaku:
‘ Kelemahan seorang lelaki adalah pada wanita. Kerana itu, seorang isteri perlu cari kunci kepada hati suaminya. Di situlah akan diturutinya.’
Di situlah kekuatan seorang akhawat. Dia akan membantu suaminya dalam kehidupan dan dakwahnya. Memotivasikan dan sentiasa mensinergikan.
Akhi Ammar Zain pernah berkongsi dengan kami tentang baitul muslim ini:
‘ Malam sebelum abang Ammar kahwin dengan K anfal, murabbi abang ammar panggil abang ammar datang rumah dia malam itu juga.
Murabbi abang ammar cakap: ‘Esok, anta bukan lagi seorang, bukan lagi berdua. Tapi anta akan menjadi 10 malah 20 dan 30! Kerana perkahwinan ini mensinergikan dakwah anta!’
Ustaz Zawawi dan juga Syeikh Solah ( Ketua Pemuda IM) menjawap ketika ditanya apakah rahsia istiqamah mereka di dalam dakwah ini :
 Baitul Muslim yang stabil dan isteri yang bersama dalam perjuangan.’
Kami selalu ingat rahsia istiqamah adalah bacaan quran mahupun tak tinggal usrah, tapi syeikh itu mengatakan baitul muslim, dan memiliki zaujah seorang akhawat!
Padaku, mungkin juga ramai ikhwah belum mengenali ramainya akhawat di satu dunia ini.
Ketika aku di Timur tengah, aku bertemu ratusan akhawat yang hafizah, yang suara mereka bagaikan………. suara simfoni malam yang merdu mengusik jiwa.
Aku sendiri nak bersemangat mengangkat suara ketika memberi pengisian jadi kecut kerana takut mengguris hati mereka yang lembut itu.
Nak cari akhwat lemah lembut, ramai….. tapi mereka ini mahal juga harganya, sebab itu anda takkan jumpa di luar sana, di tepi jalanan biasa.
Akhawat yang cantik, luar biasa ramainya!
Anda hanya perlu tahu saluran yang betul ketika bersedia untuk berkahwin. Begitu juga berusaha meminta agar naqib mencarinya walaupun akhawat itu di kutub utara sana!
Jika benar-benar memahami akan kepentingan baitul muslim, serta ikhlas hanya kerana Allah, Allah akan pasti mudahkan urusan kamu.
Saya pernah menegur beberapa orang ikhwah hanya kerana mereka direct contact dengan anak usrah saya. Saya menegur dengan penuh hikmah dan lemah lembut. Minta anak usrah cek ok ke tak bahasa emelnya.
Ikhwah itu melenting dan terus menghambur kata-kata nista yang sangat mengejutkan diri saya. Sehinggalah kata-kata kesat dikeluarkan.
Astaghfirullah. Tapi takpelahkan, ikhwah itu masih muda di waktu itu. Tentu dia sendiri tak sangka dia terbuat begitu. Moga Allah merahmati dia dan saya juga.
Dari situ saya faham, bagaimana mudahnya ego seorang lelaki tercalar dan tercabar, walaupun lemah lembutnya teguran itu.
Katanya juga bukan isu garang, tapi isu tak kenal…
“Laa, apsal tak kenal, time daurah ke, meeting ke, pandang-pandang arr, usha-usha sikit”
Astaghfirullah. Katanya, ini kata seorang senior dakwah.
Sedih mendengarkan kalimah ini. Mengapa ungkapan ini boleh lahir dari jiwa seorang akh?
Kita benar-benar memahami ayat ini yang selalu kita baca.
” Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…… . dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.” Surah An-Nur 30-31
Sabda Rasulullah SAW :
” Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu.”
(Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi)
Dan kita pernah tahu kisah seorang perempuan yang mengorek matanya dan diserahkan pada Hassan Al-Basri hanya kerana Hasan terpikat akan kejelitaan matanya!
Begitu juga Rasulullah mengingatkan pada kita akan zina mata yang selalu dipandang lekeh oleh kita para duat:
Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Prinsip tetap prinsip. Apa yang Allah dan Rasulullah ajarkan, kita perlu pegang sepenuhnya, tanpa dalih, dan tanpa eh dan uhh.
Jika sudah bersedia, berbincanglah dengan naqib.
Setelah ada calon, lihat pada gambar , istikharah, dan teruskan.
Kemudian, proses taaruf. Di sinilah proses pengenalan berlaku. Bukan  berkenalan tanpa ada orang tengah. Walaupun kenal sebelum berkahwin, tak semua perkara kita boleh tahu sehinggalah kita benar-benar hidup dengan orang itu.
Begitu juga aku amat terkesan akan kenyataan ini:
akhawat kat lokaliti ‘sekian2′ garang arr, takut aku, cakap cam nak cari gaduh.
ikhwah itu sekarang tgh dlm proses BM dgn bukan akhawat
Allah…. kalau benar-benar faham akan maratib amal, akhi itu takkan bertindak sedemikian.
Begitulah rentetannya… akhawat dibiarkan tak berkahwin, ikhwah memilih bukan akhawat.. dua-dua pihak mengetip bibir dan menggaru kepala.
Seorang murabbi lagi pernah menasihati kami,
Bila kita di anak tangga pertama, kita sedang membina diri kita sahaja.
Apabila kita naik anak tangga kedua, kita pula perlu BELAJAR untuk membina rumah tangga kita pula.
Sehinggalah seterusnya kita pula perlu membina masyarakat muslim tersebut.
Kebanyakan orang hanya menumpukan bagaimana untuk membina dan mentarbiyah dirinya sendiri.
Tetapi, tidak mampu untuk mentarbiyah keluarganya pula. Bermula dari pemilihan pasangannya.
Dan aku katakan padamu adikku,
Walaupun yang berkahwin itu ikhwah dan akhawat pun, setiap rumahtangga itu pasti ada ribut dan taufannya. Begitu juga ada tawa dan bahagianya. Jika kita mengharapkan kesempurnaan pada sebuah rumah tangga/baitul muslim, pasti kita akan kecewa kerana sunnatulahnya, setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan ujian untuk kita atasi dengan hikmah dan kesabaran.
Tetapi, kerana kita memilih pasangan kita kerana Allah, hanya kerana Allah, adakah kita rasa Allah takkan membantu kita?
Isu yang diutarakan lebih menonjolkan realiti sebenar duat yang ada pada generasi muda. Apa yang mereka fikirkan, dan apa yang mereka utamakan dalam kehidupan mereka. Sedih apabila kami membincangkan isu ini.
Isunya bukanlah tentang ikhwah dilemma nak kahwin dengan akhwat
Isunya apabila daie sudah makin banyak masa kosong dan mula berehat-rehat, maka dia akan mula memikirkan perkara bukan-bukan dan membincangkan hal-hal yang tak mendatangkan amal, malah makin menjadi malas untuk berjihad! Dalam erti kata lain, tidak memikirkan tentang dakwah sehingga pening dan memikirkan tentang umat sehingga menangis setiap malam! Malah tidak berfikir bagaimana untuk terus menerus membina dan mengajarkan orang lain tentang Islam, pada sela masa yang amat sedikit sekali!
Seperti berbincang tentang baitul muslim itu lebih enak berbanding berbincang tentang masalah pembinaan adik-adik dan pelapis untuk mewarisi dakwah. Last-last nak pilih calon bukan akhawat? Erkkk……. ( tapi, at the other extreme, sampai tak nak pula langsung bincang pasal BM dan tak nak kahwin pun, ini pun salah ! Maka kene berimbang dalam hal ini)
Bila dakwah bukan lagi kehidupan dan fokus utama pemikiran, hati, juga jiwa dan perasaan, adakah  seorang akh itu akan memilih akhawat sebagai pasangan hidupnya secara rela?
Jika dakwah tidak memenuhi aktiviti setiap saat dan masa kehidupannya, adakah dia sanggup untuk dikahwinkan dengan mana-mana akhawat sekalipun? Yang lebih tua dan tak cantik rupa parasnya, malah garang pula?
Bila Allah, bukan lagi kecintaan utama, adakah dia akan memilih pasangannya kerana Allah?
Ini adalah masalah iman dan juga kefahaman.
Ini bukan isu akhawat garang dan suka cari gaduh dengan ikhwah, bukan juga masalah tak begitu mengenali sesama ikhwah dan akhawat. Ini soal kefahaman dan keimanan pada sebuah maratib amal, juga mempercayai formula istiqamah di atas jalan dakwah.
Tersingkap kerja-kerja yang bersungguh-sungguh dan amat keras untuk mentakwinkan dan memberikan kefahaman jitu dan tulen kepada kader dakwah kita. Sehinggalah kehidupan mereka, nafas, dan degupan jantung mereka, lestari hanya untuk Allah dan risalahNya.
Untuk akhawat sendiri, akhlak adalah cerminan iman dan ketaqwaan kita pada Allah. Tumpukan usaha ke arah itu, Allah akan buahkan akhlak yang terbaik ketika berinteraksi dengan manusia lainnya..
PS; saya amat kagum melihatkan akhawat yang mengikhwahkan dan mengqawiykan suami mereka. Meningkat-ningkat lebih laju dari mereka sendiri, walaupun sebelum kahwin, mereka lebih hebat dari suami mereka. Subhanallah! Bagus bangat!)
PSS: tabir, selalu jadi isu yang tak perlu sebenarnya. Bukan double standard, tapi untuk melatih tabir hati. Bila dah salu letak tabir, dia akan praktis hati kita untuk ada tabir juga. so pada khalayak dan waktu2 kehidupan biasa, kita dah terbiasa sepatutnya ada tabir hati itu, ataupun ketundukan hati. Tak bermakna kita lagilah nak berpandangan liarkan dengan orang di luar sana hanya kerana takde tabir. Begitu juga, ini adalah didikan dari Allah buat kita :
” Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka, mintalah dari sebalik tabir. Cara demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka”
(Surah Al-Ahzab 53)

No comments:

Post a Comment